Pada
tahun 1988 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan resolusi untuk
menobatkan 31 Mei setiap tahun sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia.
Resolusi
itu bertujuan menarik perhatian masyarakat dunia mengenai kesan tabiat merokok
terutama kepada kumpulan manusia yang paling rapat dengan perokok. Kumpulan ini
menerima tempias sehingga digelar ‘perokok pasif’.
Setiap
tahun Hari Tanpa Tembakau Sedunia dirayakan. Pelbagai slogan, kempen dan moto
menyusul sambutan tahunan itu manakala azam untuk berhenti merokok menjadi
agenda tetap para penagih rokok setiap kali munculnya tahun baru.
Namun
adakah segala usaha untuk mengurangkan jumlah perokok, jumlah kematian akibat
merokok dan jumlah mereka yang menderita akibat tabiat merokok itu berjaya atau
sekurang-kurangnya separuh berjaya?
Ataupun
usaha-usaha tersebut hanya menambah kekayaan pengeluar rokok atau pencipta
rokok yang tidak diketahui pun sama ada mereka juga tergolong dalam kategori
perokok. Manakala struktur kewangan para perokok semakin merosot gara-gara
sikap murah hati untuk menghadiahkan setidak-tidaknya suku daripada gaji
bulanan mereka kepada syarikat-syarikat rokok.
Kita
lupakan simpati terhadap para perokok yang mungkin ada di antaranya sedang
menanggung kesakitan gara-gara pilihan mereka sendiri.
Simpati
kita adalah kepada kelompok perokok pasif yang tanpa sedar terpaksa menanggung
‘dosa’ para perokok. Sebab itu kempen juga harus tertumpu kepada usaha
mewujudkan persekitaran yang bebas daripada rokok untuk meminimumkan kesan
bahaya rokok kepada golongan yang tidak berdosa ini terutama kanak-kanak dan
wanita mengandung.
Ini
semua gara-gara kerja keras pengeluar rokok membuat kajian rapi sebelum
menghasilkan sebatang rokok yang bukan sahaja mempunyai reka bentuk canggih
malah mempunyai kemampuan yang optimum untuk mendatangkan ketagihan kepada
perokok.
Sememangnya
kerja-kerja menghasilkan sebatang rokok memerlukan ketekunan di pihak
pembuatnya kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk menyebabkan kematian kepada
perokok bukan calang-calang.
Hasil
ketekunan mereka terciptalah sebatang rokok yang mengeluarkan asap mengandungi
lebih 4,000 bahan kimia beracun, 63 darinya terbukti menyebabkan kanser kepada
manusia dan haiwan.
Bunyinya
seperti aneh kerana rokok merupakan satu-satunya produk pengguna yang boleh
membunuh jika digunakan sepertimana yang disyorkan oleh pembuatnya. Jelas
tertera di kotak-kotak rokok mengenai bahaya merokok. Pengguna diberi amaran
bahawa merokok
Membahayakan
kesihatan tetapi untuk membeli produk yang memudaratkan itu amat mudah. Dan
lebih unik tentang rokok ialah keupayaannya mencetuskan penderitaan terhadap
orang yang berada di sekeliling perokok. Jika penagih dadah atau penggemar
ganja memudaratkan diri sendiri tetapi tidak dalam kes rokok.
Setiap
tahun lebih 10,000 kematian di Malaysia adalah akibat merokok. Penyebab
kematian berkaitan dengan tabiat merokok ialah penyakit jantung, kanser, strok
dan penyakit saluran pernafasan. Bilangan ini jauh lebih tinggi berbanding
gabungan jumlah kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan
jalan raya.
Namun
fakta-fakta yang dipersembahkan berulang kali ini belum mampu mencetuskan
kebimbangan kepada perokok malah jumlah mereka yang terlibat dengan aktiviti
tidak sihat ini semakin meningkat.
Kini
muncul pula trend merokok di kalangan wanita dan remaja bawah umur yang sering
mengaitkan rokok sebagai lambang masyarakat moden, terbuka, bergaya dan bebas.
Di
pihak kerajaan puluhan juta ringgit telah diperuntukkan setiap tahun untuk
menjayakan kempen anti merokok secara besar-besaran.
Tabiat
benci merokok perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi bagi membawa kesan
terhadap kanak-kanak dan seterusnya belia serta golongan dewasa.
No comments:
Post a Comment