Sunday, 10 February 2019

KEMPEN ANTIMEROKOK GAGAL

Di sebalik pelbagai kempen antimerokok anjuran kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melenyapkan budaya merokok, fenomena tersebut semakin galak.

Trend itu sudah menular teruk di kalangan pelajar sekolah dan wanita muda yang jika tidak ditangani secara serius akan menjadi satu wabak yang berbahaya kepada masyarakat.

Bukan satu fakta yang memeranjatkan apabila kajian CAP juga mendapati kira-kira 60 peratus daripada seratus murid sekolah rendah mengakui pernah membeli rokok sama ada untuk kegunaan sendiri atau orang lain.

Walaupun terdapat undang-undang melarang remaja berumur bawah 18 tahun membeli rokok tetapi sehingga kini undang-undang tersebut tidak dilaksanakan secara berkesan.

Peruntukan tersebut termaktub dalam Peraturan 8A, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 yang menetapkan kompaun RM50 atau denda maksimum RM1,000 bagi remaja yang didapati bersalah merokok atau mengunyah bahan-bahan hasil tembakau.

Di sebalik peningkatan jumlah perokok yang berlipat kali ganda, WHO melaporkan bilangan perokok dewasa yang berhenti merokok untuk selama-lamanya setiap hari ialah seramai 13,400 orang. Itu pun kerana menemui ajal disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik gara-gara merokok.

Itu belum termasuk angka-angka yang disumbangkan oleh perokok pasif yang berhadapan dengan risiko kanser paru-parut di antara 20 hingga 30 peratus manakala sakit jantung, 23 peratus.

No comments:

Post a Comment