Sunday, 10 February 2019

APABILA ISTERI TIADA DI RUMAH


Masih ada sedikit lagi roti. Rasanya masih cukup untuk mengisi perut untuk hari ini. Ni roti yang dibeli pada 05.00 petang 05-02-2019. Sekarang 11.00 pagi 10-02-2019. Masih elok dan boleh dimakan.

Isteri aku pergi ke Selangor kerana ada urusan sejak 05-02-2019. Jadi, aku kena urus sendiri makan minum.

Untuk tarikh 06 dan 07, aku makan nasi dingin yang disimpan di dalam peti sejuk. Nasi itu lebihan yang dimasak oleh isteri aku pada pagi 05-02-2019 sebelum dia bertolak ke Selangor.

Nasi yang disimpan di dalam peti sejuk bukan sahaja sejuk, tapi keras. Jadi, untuk melembutkan nasi itu akan gaulkan dengan sedikit air. Kemudian dipanaskan sebelum dimakan dengan ayam masak merah hancur baki kenduri kahwin di rumah saudara pada 03-02-2019.

Aku memang sudah biasa makan secara ini apabila isteri tiada di rumah. Aku bukan jenis makan di kedai atau beli nasi untuk dimakan di rumah.

Aku akan makan apa yang ada di rumah. Biskut, roti dan nasi dingin atau nasi semalaman. Kalau makan nasi, cukuplah dengan sebiji telur goreng mata kerbau.

Hari ini 10-02-2019, tidak pasti bila isteri aku akan balik. Aku akan terus begini. Makan apa yang ada di rumah. Aku perlu bersedia untuk isteri aku tidak balik dalam jangka masa yang lama. Mungkin tambah bekalan roti ......

No comments:

Post a Comment