Sunday, 3 March 2019

POLITIK BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT

Peribahasa Melayu "biduk lalu kiambang bertaut", bermaksud dua pihak yang berselisih akan berbaik semula setela pengacum (penghasut, orang yang membuat orang lain berkelahitelah tiada.

Inilah realiti kehidupan. Dalam perhubungan ada sahaja yang akan menjadi pengganggu atau mengacau sebagai batu api agar hubungan menjadi putus.

Dalam politik situasi itu amat kerap berlaku. Memecahkan gabungan pihak lain dianggap sebagai satu kejayaan.

Sepatutnya, ahli dan parti politik perlu menunjukkan kekuatan untuk mendapat sokongan.

Sebaliknya, yang dicari dan dicipta adalah mewar-warkan kelemahan dan keburukan pihak lain. Sama ada betul atau salah, hal itu tidak penting dalam politik yang dipenuhi rasa kebancian.

Amalkan politik matang. Biduk lalu kiambang bertaut. 

No comments:

Post a Comment