Sunday 3 March 2019

CUKAI TETAP KENA BAYAR KEPADA KERAJAAN


Cukai ialah bayaran yang dikena­kan oleh kerajaan terhadap orang perseorang­an, syarikat, barang, perkhidmatan dan sebagainya. Isu cukai sentiasa panas dibincangkan.

Akibat cukai, rakyat mengadakan protes dan sebuah kerajaan dijatuhkan. Memang hebat penangan cukai.

Kerajaan memunggut cukai sebagai pendapatan untuk pentadbiran negara seperti membayar gaji pejawat awam dan membuat atau mengadakan sesuatu untuk kebaikan rakyat. Tanpa cukai tidak akan wujud kerajaan.

Di negara maju, kadar cukai dikenakan pada kadar yang tinggi. Hasil cukai itu, kerajaan dapat menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti pendidikan percuma dan kemudahan asas yang baik.

Hakikatnya, setiap kerajaan perlu memunggut cukai. Apa pun jenis nama cukai itu, ia adalah bayaran yang rakyat mesti bayar.

Kalaupun ada perbezaan jenis cukai, contohnya SST berbanding GST, hanya berkaitan bagaimana cukai itu dikutip.

Perbezaan ketara GST berbanding SST adalah jumlah cukai dicatat di resit pembelian. GST rakyat tahu jumlah cukai dikenakan. SST pula tidak diketahui jumlah cukai kecuali dalam resit pembayaran berkaitan perkhidmatan.

Sama ada GST atau SST, rakyat tetap kena membayar cukai.

No comments:

Post a Comment