Barang mainan dikaitkan dengan kanak-kanak.
Namun agak berbeza kereta permainan HotWheels. HotWheels turut menjadi kegilaan
di kalangan orang dewasa. Tentu sekali peminat dewasa bukan buat main tolak
atau lancar kereta, tetapi sebagai koleksi.
HotWheels awalnya dikeluarkan oleh Mattel pada tahun
1968. Pada tahun tersebut, hanya 16 biji kereta yang dikeluarkan dan 11
daripadanya di reka bentuk oleh Harry Bentley Bradley.
Peminat HotWheels membentuk komuniti untuk berkongsi
pengalaman dan menjual beli koleksi. Peminat tegar akan mengetahui kewujudan di
mana lokasi ada jualan kereta mainan itu. Mereka menjadi pemburu yang sentiasa
mencari di mana ada HotWheels.
Koleksi disusun cantik di atas rak. Ia menjadi tatapan
dan bukan untuk dijadikan mainan biarpun namanya kereta mainan.
Seperti juga hobi lain, ia bukan membazirkan wang, tetapi
juga bijak menggunakan peluang, ia menjadi satu sumber rezeki. Ada kereta yang
harganya tidak masuk akal sehingga ratusan ringgit sebuah, sedangkan harga asal
hanya sekitar RM5 hingga RM20 sebuah.
Harga meningkat jika model itu sukar ditemui. Ia menjadi
seperti barang antik yang harganya menjadi mahal jika sukar ditemui.
Jika
anda melihat orang dewasa membeli HotWheels, besar kemungkian ia bukan untuk adik
atau anak, tetapi untuk dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment