Saturday, 9 March 2019

PESONA PANTAI MEK MAS


Pantai Mek Mas kawasan perkampungan berhampiran Kuala Besar. Kedudukannya berhampiran dengan delta muara Sungai Kelantan. Kedudukannya agak 'tersorot' dari laluan utama menjadikan Pantai Mek Mas tidak tersohor seperti Pantai Cahaya Bulan yang kedudukannya tidak berapa jauh antara keduanya.

Namun, nama Pantai Mek Mas mula terkenal apabila wujud satu fenomina bukit pasir hasil dari peroses menyedut pasir bagi mendalamkan muara Sungai Kelantan.

Pemandangan indah berada di atas bukit setinggi kira-kira 50 meter itu menjadikan ia seperti berada di padang pasir.

Kini ia menjadi kunjungan ramai dan untuk sampai ke Pantai Mek Mas tidak sukar dengan menggunakan carian lokasi menggunakan aplikasi wase mahupun google map.

Pengunjung biasanya datang pada sebelah petang kerana cuaca tidak lagi panas dan bayu laut yang nyaman. Selain itu pengunjung berpeluang untuk melihat matahari terbenam di ufuk barat.

No comments:

Post a Comment