Saturday 24 August 2019

POKOK SEMALU DURI KEMAN

Pokok semalu (mimosa pudica L) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat. Nama lain semalu ialah kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau dan duri keman.

Daun kupuan semalu kucup ke dalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. 

Pokok semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu semalu juga merupakan rumpai yang tegar.

Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru.

Pokok semalu juga mampu membiak melalui biji benih. Bunga duri keman agak menarik kerana ia unik.

Cara terbaik bagi menghapuskan semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.

Pokok semalu mudah tumbuh di halaman rumah. Bagi yang biasa berkebun atau membersihkan halaman tentu seringkali berhadapan dengan pokok semalu.

Pokok semalu mudah hidup subur di mana-mana sahaja kerana pada akar pokok initerdapat bakteria yang mampu menukarkan nitrogen di dalam udara kepada sebatian yang boleh digunakan oleh tumbuhan.

Ini membantu pokok semalu tetap subur walaupun pokok di sekitarnya kekurangan baja. Hubungan antara bakteria dan pokok ini bukan hanya terdapat pada pokok semalu sahaja malah terdapat pada tumbuhan kekacang yang lain.


No comments:

Post a Comment