Saturday, 24 August 2019

Buah sukang isi satu ulas

Durian banyak jenis. Setiap jenis ada kelebihan atau keistimewaan sendiri. Malah setiap jenis durian ada penggemarnya, biarpun mungkin tidak digemari oleh orang lain.

Sejenis buah durian dikenali sebagai sukang di kalangan penduduk Sabah. Buah sukang dianggap sepesies durian eksotik kerana agak berlainan dengan jenis durian lain.

Di tempat lain buah sukang seakan-akan buah durian daun. Terdapat banyak persamaan antara buah sukang dengan durian daun biarpun tidak semuanya.

Buah sukang kelihatan besar, seolah-olah mengandungi banyak isi tetapi jika dikopek, isinya ada yang hanya seulas. Itu antara keunikan sukang.

Sukang berbeza berbanding durian yang lain berikutan bentuk fizikalnya berduri tajam dan panjang menyebabkan buahnya kelihatan besar, namun ruang isi sebenarnya kecil.

Buahnya berwarna hijau terang ketika mentah dan bertukar hijau kekuningan apabila masak sebelum gugur, namun ada juga sesetengah pokok yang buahnya masak masih berwarna hijau terang apabila gugur.

Apabila dikopek, kebiasaannya ada dua atau tiga ulas isi berwarna kuning di dalamnya, namun ada juga yang hanya seulas.

Buahnya bulat dan besar tetapi apabila dibuka isinya hanya ada satu ulas.

Isi sukang agak tebal dan warnanya yang kuning menyebabkan ada penggemar durian menggelarnya 'musang king' eksotik Sabah. 



No comments:

Post a Comment