Monday, 19 August 2019

SEJARAH KUDAT, SABAH

Kudat adalah sebuah bandar di Sabah. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk Bahagian Kudat yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu dan beberapa pulau luar pesisir seperti Pulau Bangi dan Pulau Balambangan.

Kudat terletak kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat menghadap Laut China Selatan, dan di timur menghadap Laut Sulu. Ia pada garis lintang 6°55' utara, garis bujur 116°50' timur.

Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra Kadazan. Kira-kira 10 peratus penduduk adalah etnik Cina dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan Kepulauan Sulu. 

Kira-kira 51 peratus penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama Islam (Bajau Bannaran, Ubian, Sungai, Brunei, Bajau dan Kagayan). 

Kudat menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara. Pemilihan Kudat sebagai pusat pentadbiran Bristish Borneo Utara disebabkan lokasi geografi yang strategik. Pemilihan dibuat oleh A H Everett pada 7 Disember 1881 

Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran dan Вajau Úbian iaitu kata "takudat" yang bermakna 'terkejut'.

Sebelum kedatangan British di Kudat, ia ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Abdul Rahim, berketurunan Suluk-Bannaran/Sungai. Beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat.

Tindakan ini mengejutkan Abdul Rahim dan mengatakan beliau "takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini. Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat.

A H Everett telah menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British.

Justeru, pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.

 A H Everett bertanyakan apakah nama tempat itu. Abdul Rahim memberitahu bahawa tempat itu belum bernama. 

 Abdul Rahim mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni.

 A H Everett mengulangi kata-kata 'kudat' dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat... Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai Kudat.

Walau bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun, selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.

Kudat kini sepertimana bandar lain di Sabah semakin berkembang maju. Satu yang sinonim dengan Kudat ialah Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo.

GAMBAR: KUDAT TAHUN 1890

No comments:

Post a Comment