Sunday 25 August 2019

KAMPUNG SUNGAI BATU, DABONG

Kampung Sungai Batu terletak dalam mukim Jelawang, Dabong, Kuala Krai Kelantan. Kemudahan jalan raya ke Kampung Sungai Batu menggunakan Jalan Sungai Sam - Dabong - Jeli.

Pengunjung dari Jeli akan sampai ke Kampung Sungai Batu terlebih dahulu sebelum sampai ke pekan Dabong. Kampung berjiran dengan Kampung Sungai Batu ialah Kampung Bukit Bedak dan Kampung Jelawang.

Dinamakan Kampung Sungai Batu kerana ada sebatang sungai mengalir di kampung itu yang dikenali Sungai Batu.

Jarak Kampung Sungai Batu dengan Kota Bharu kira-kira 130 kilometer. Dari bandar Gua Musang dan Jeli pula masing-masing sekitar 60 kilometer dan 45 kilometer.

Untuk urusan dengan pejabat kerajaan, penduduk Kampung Sungai Batu perlu menempuh perjalanan kira-kira 85 kilometer ke bandar Kuala Krai.

Selain keindahan pemandangan Gunung Stong dan kawasan bukit sekitar yang menghijau lagi mendamaikan, satu tarikan di Kampung Sungai Batu ialah aliran sungai yang jernih dan sejuk.

Sunga itu sesuai untuk dibangunkan sebagai tempat perkelahan.

No comments:

Post a Comment