Sunday, 25 August 2019

PERSIMPANGAN BUCU KU SOM, JALAN SULTANAH ZAINAB

Kita biasanya jarang peduli nama simpang atau persimpangan, terutama yang terletak di tengah bandar. Kebanyakan orang lebih mengenali nama persimpangan dikaitkan dengan sesuatu bangunan yang terdapat di situ.

Contohnya satu persimpangan di bandar Kota Bharu yang dikenali Persimpangan Bucu Ku Som. Rasanya ramai tidak mengetahui tentang nama Persimpangan Bucu Ku Som ini.

Tetapi jika dikatakan Simpang Empat Ambank, ramai yang kenal atau tahu di mana letak tempat itu. Atau kalau orang-orang dahulu lebih mengenalinya dengan nama Simpang Empat Bata kerana pada dahulu di situ ada satu kedai Bata yang cukup terkenal.

Persimpanan Bucu Ku Som adalah simpang empat melibatkan Jalan Tok Hakim yang menganjur dari tebing Sungai Kelantan dari barat menuju ke timur sehingga Persimpangan Padang Bas.

Satu lagi jalan yang membentuk Persimpangan Bucu Ku Som ialah Jalan Sultanah Zainab yang bermula di Kubang Pasu di sebelah utara menganjur ke selatan sehingga ke Kampung Sireh.

No comments:

Post a Comment