Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau disebut
Angkatan Tentera Persekutuan adalah organisasi yang berada terus di bawah
pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan.
Pemerintah tertinggi angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi
Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.
Pangkat yang disandang baginda dalam ATM
ialah Fil Marsyal (bahasa Inggeris Field Marshal). Fil Marsyal adalah pangkat
tertinggi dalam angkatan tentera yang diamalkan di kebanyakan negara.
Di luar negara, Fil Marsyal adalah pangkat
berdasarkan kepada kenaikan pangkat dari jeneral atau pegawai paling kanan
dalam perkhidmatan.
Namun, dalam ATM pangkat Fil Marsyal adalah
dikhususkan kepada individu yang menjawat gelaran Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah
tertinggi ATM sepertimana peruntukan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan.
Lambang pangkat bagi Fil Marsyal adalah lima 'bintang'.
Dalam organisasi ATM, pegawai berpangkat jeneral yang memakai lambang pangkat
empat 'bintang'.
No comments:
Post a Comment