Melatih
anak ada banyak kaedah mengikut keadaan dan kesesuaian. Memberi peluang merka melakukan
sesuatu yang tidak pernah dilakukan juga satu cara melatih dan mendidik. Jangan
hanya menjadikan mereka sebagai penonton.
Ketika
ibadat korban contohnya. Jika hendak bagi mereka berada berhampiran dengan lembu
yang hendak disembelih, itu boleh mendatangkan bahaya.
Namun,
jika yang ingin disembelih itu seekor kambing dan jinak pula, mengapa tidak berikan
dahulu peluang untuk anak-anak melakukan sesuatu pengalaman seperti melakukan penyembelihan.
Pengalaman
itu bukan sahaja menjadikan mereka 'dekat' dengan amalan korban, bahkan memberi
keyakinan serta keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru.
Berikan
mereka peluang untuk merasai sesuatu yang tidak perlu dewasa. Sesungguhnya, pengalaman
itu adalah guru untuk mengajar mereka erti keberanian untuk mencuba.
No comments:
Post a Comment