Saturday, 10 August 2019

LEBUH RAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI DIBUKA

Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai membabitkan laluan Kadok ke Ketereh sejauh 6.85 kilometer (km) telah dibuka sepenuhnya. 

Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dibina secara berperingkat-peringkat. Laluan dari Pasir Hor ke Kadok sejauh 10.5 kilometer telah dibuka kepada lalu lintas pada 22 Ogos 2018.

Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai diluluskan pada era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. Majlis pecah tanah projek telah dilaksanakan pada April 2014 oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

No comments:

Post a Comment