Tidak dinafikan, punca utama keadaan itu
adalah kegagalan pihak berkuasa tempatan menyediakan lori pengangkut sampah
yang secukupnya untuk membawa sampah ke tempat pelupusan.
Satu lagi punca ialah sikap rakyat. Didapati
ramai penduduk Kelantan tidak mengamalkan sikap yang disuruh agama Islam. Islam
pentingkan kebersihan dan pematuhan kepada peraturan.
Satu budaya buruk sebilangan rakyat Kelantan
ialah membuang sampah di luar tong sampah. Jika perkara itu dilakukan kerana
tong sampah telah penuh, itu boleh diterima.
Malangnya, mereka membuang sampah di luar
tong sampah ketika tong sampah masih kosong. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan
diri.
Islam menyuruh menjaga kebersihan. Malah menjaga
kebersihan itu separuh daripada iman. Jadi, mudah kata orang yang membuang sampah
di luar tong sampah itu cacat atau tidak sempurna imannya.
Fikir dan renungkan. Sempurnakan iman dengan membuang
sampah di dalam tong sampah.
No comments:
Post a Comment