Seorang ayah biasanya tidak banyak cakap. Diam
dan lebih banyak memerhati. Ini bukan bermakna bapa tidak sayang akan anaknya.
Seorang ayah dalam diam melakukan pengorbanan
untuk anak. Diam ayah tidak bercerita tentang kesusahan yang ditanggung.
Perit jerih mencari dan memenuhi keperluan keluarga
ayah diamkan sahaja. Kesusahan itu biar dia sahaja tanggung.
Ayah tidak mahu berkongsi kedukaan dan kesusahan.
Apa yang ingin dikongsi dan diberikan dengan anak hanyalah kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment