Cadar
adalah kain untuk menutup tilam. Itu maksud yang umum difahami.
Namun,
cadar juga adalah kain penutup kepala atau muka perempuan! Itulah definisi
'cadar' yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat.
Jadi,
tidak salah untuk kita katakan wanita Islam wajib pakai cadar ketika berada di
luar rumah. Ayat itu bermaksud wanita Islam wajib menutup kepala atau bahagian
rambutnya ketika berada di luar rumah agar tidak dilihat lelaki bukan mahram.
Sebenarnya
penggunaan perkataan cadar sebagai penutup muka telah digunapakai secara meluas
di Indonesia.
Cadar
untuk tilam satu keperluan. Kalau tidur atas tilam tanpa dialaskan cadar tentu
sekali tidak selesa.
Penggunaan
cadar memudahkan ia dibasuh dan diganti. Berbanding dengan tilam tidak boleh
dibasuh, melainkan hanya dilap atau menggunakan air secara terhad.
Kita
boleh membeli beberapa set cadar dan boleh disimpan dengan mudah. Sebab itu
permintaan terhadap cadar tinggi, terutama set cadar pengantin.
Boleh
dikatakan setiap bilik pengantin akan dihiaskan dengan set cadar baru,
lebih-lebih lagi majlis yang ada tema warna. Set cadar disertakan sama dengan sarung
bantal sekali.
Disebabkan
permintaan yang tinggi terhadap cadar, tidak hairanlah jika ada perniagaan yang
hanya mengkhususkan kepada penjualan cadar semata-mata.
Pembeli boleh memilih pelbagai jenis cadar dengan mudah hanya di satu kedai. Memang rambang mata hendak memilihnya. Tak kena gaya, terus tertidur di situ.....
Pembeli boleh memilih pelbagai jenis cadar dengan mudah hanya di satu kedai. Memang rambang mata hendak memilihnya. Tak kena gaya, terus tertidur di situ.....
No comments:
Post a Comment