Thursday 15 August 2019

PEJAWAT AWAM DIHINA


Ahli perniagaan, Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap keberkesanan yang rendah.

“Secara tidak langsung, ini mengurangkan pelaburan dari segi pembangunan sumber manusia dan pendidikan,” jelasnya.

Yew Yin, ahli perniagaan berusia 83 tahun, dalam penulisan beliau di laman blog kendaliannya semalam berkata, Malaysia mempunyai kira-kira 1.6 juta pekerja di sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat Malaysia.

Menurut beliau, jumlah penjawat awam yang terlalu ramai menyebabkan kerajaan menanggung beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.

“80% perbelanjaan tahunan kerajaan persekutuan digunakan untuk membiayai kos operasi dan sebahagian besar perbelanjaan ini digunakan untuk membayar gaji serta pencen,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi situasi yang dihadapi. Antaranya untuk tidak mengambil pekerja baharu bagi mengurangkan bebanan sektor perkhidmatan awam.

“Kerajaan perlu menyemak senarai pekerja di jabatan kerajaan dan pecat pekerja yang tidak diperlukan,

“Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,” jelas Yew Yin.

No comments:

Post a Comment