Satu jam
selepas subuh menentukan arah tujuan hidup kita pada hari berkenaan. Jadi apa sebenar
perlu kita lakukan 1 jam setelah subuh?
Pertamanya,
jangan tidur setelah subuh. Kerana amalan itu akan menutup banyak pintu rezeki
bahkan membuat badan menjadi lemah. Kalau pun kita berasa terlalu letih atau mengantuk,
tunggulah sampai pukul 7 pagi ke atas untuk kembali tidur.
Biasakan
untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan setelah subuh akan membantu
tubuh menjadi segar dan sihat. Dan juga membuat kita lebih awet muda. Tidak percaya?
Amalkan sendiri untuk mengetahui kesannya.
Ambil
sarapan. Biasakan makan pada waktu pagi walaupun hanya sedikit. Amalan itu dapat
membantu sel sel otak , sistem pencernaan serta sistem imun di tubuh kita
bekerja dengan baik. Makan sekeping roti pun sudah cukup. Atau minum susu atau
kopi dikira memadai untuk tujuan itu. Usahakan makan dan minum sedikit.
Ini
yang paling penting. Sediakan makanan rohani. Amalkan baca al-Quran dan perkara
kebaikan. Mulakan hari dengan sedekah. Sekarang tidak sukar untuk bersedekah pada
awal pagi. Kalau pergi berjamaah di masjid, pasti ada tabung derma. Atau, derma
melalui online.
No comments:
Post a Comment