Thursday, 15 August 2019

MURID TAHUN LIMA JADI PEROGOL?


Fikiran menjadi keliru apabila membaca tajuk berita 'Murid Tahun 5 rogol kakak sepupu'. Apa yang sebenarnya telah berlaku?

Berdasarkan pengakuan pelaku, mereka telah melakukan perbuatan itu sebanyak empat kali. Adakah perbuatan itu betul-betul bermaksud telah berlaku hubungan seks?

Budak lalaki mengaku melakukan perbuatan itu kerana terpengaruh video yang ditonton melalui telefon pintar.

Pelajar Tahun 5 bermakna umurnya 10 tahun. Ramai menyangka umur 10 tahun terlalu mentah untuk mengaitkan dengan perbuatan seks.

Namun, dalam ajaran Islam, perkara itu telah diperkatakan dengan jelas. Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur." (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).

Hadis ini menjelaskan selain itu Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun.

Jelas sekali, umur 10 tahun sudah ada kanak-kanak lelaki menjadi 'dewasa' dalam soal kematangan organ seks. Bagi kanak-kanak perempuan lebih awal dari umur tersebut.

Jadi, ibu bapa jangan terlalui naif berkaitan kemugkinan hal-hal berkaitan seks ketika anak mereka baru mencapai usia 10 tahun.

No comments:

Post a Comment