Pasir
Pekan merupakan sebuah kampung dalam jajahan Tumpat di negeri Kelantan. Ia
terletak di tebing sebelah barat Sungai Kelantan dan bersetentang dengan
Kampung Sireh di sebalah timur Sungai Kelantan yang terletak di dalam jajahan
Kota Bharu.
Pasir
Pekan terkenal kerana menjadi pintu masuk pengunjung dari sebelah timur Sungai
Kelantan memasuki kawsan sebelah barat Sungai Kelantan yang menjadi lokasi
jajahan Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah dengan melalui Jambatan Sultan Yahya
Petra.
Pasir
Pekan menempatkan pusara Tok Janggut dari Pasir Puteh yang gugur menentang
kezaliman British.
Nama
Pasir Pekan dikatakan berasal dari perkataan 'pasir' iaitu pasir yang terdapat
di tepi Sungai Kelantan. Manakala perkataan 'pekan' pula merujuk kepada sebuah
nama mukim iaitu Mukim Pekan.
Pada
mula nama Pasir Pekan dipanggil Kampung Pasir. Namun, untuk membezakan
nama-nama tempat lain yang turut menggunakan nama 'pasir' seperti Pasir Mas,
Pasir Puteh, Pasir Tumbuh, Pasir Tok Kambing maka timbullah nama Pasir Pekan.
No comments:
Post a Comment