Thursday 19 September 2019

CARA TANAM POKOK BUAH DALAM PASU

Kaedah penanaman pokok buah di dalam pasu atau lebih dikenali sebagai  tabulanpot bukan sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang boleh ditanam di dalam pasu antaranya limau, belimbing, mangga, ciku, duku dan jambu.

Proses penanaman dan penjagaan pokok ditanam di dalam pasu tidak banyak bezanya dengan yang ditanam di atas tanah. Malah penjagaannya lebih mudah.

Anak benih yang dipilih biasanya dari jenis tut kerana ia cepat matang dan mengeluarkan hasil.

Medium yang sering digunakan oleh para penggemar tabulanpot terdiri daripada tanah, bahan kompos dan sekam arang dengan komposisi 1:1:1. Selain itu juga, bahan organik lain yang boleh digunakan termasuklah cocopeat, sekam padi dan sebagainya.

Jika tanah atau medium yang disediakan mengandungi kadar asid yang tinggi ia tidak sesuai untuk pembiakan tabulanpot. Untuk meneutralkan semula tanah yang berasid, campurkan sedikit kapur pertanian.

Bagaimanapun, proses pembajaan perlu dilakukan dengan betul dan tidak perlu kerap untuk mengelak pokok membesar melebihi keupayaan pasu menampung perkembangan akar dan batang serta daun.

Gunakan baja organik kerana mampu menyediakan nutrium yang cukup untuk pokok.

Proses pemangkasan perlu dilakukan untuk mengelak pokok terlalu besar.

No comments:

Post a Comment