Kuih abuk-abuk antara kuih tradisional Melayu
lama. Mengapa dipanggil kuih abuk-abuk? Sebenarnya tiada jawapan sahih kenapa
kuih ini dipanggil dengan nama abuk-abuk.
Namun, ada berpendapat mengatakan ianya
menggunakan campuran sagu dan kelapa parut yang menyebabkan apabila
kita makan akan berterabur seakan-akan menjadi habuk.
Bahan utama membuat abuk-abuk ialah sagu dan kelapa
parut. Bahan lain ialah gula merah atau gula melaka dan gula putih.
Abuk-abuk tradisional menggunakan daun pisang
untuk membungkusnya. Ia dibungkus dalam bentuk
kon dan kemudian dikukus.
Jika untuk makan sendiri atau makan keluarga,
cara mudah untuk membuatnya tanpa mengguna daun pisang. Sebaliknya ia dimasak di
dalam loyang. Mudah dan cepat, tetapi tiada aroma daun pisang.
No comments:
Post a Comment