Sunday, 22 September 2019

PISANG GALA MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI

Pisang banggala atau juga dipanggil pisang ggala, pisang galla, pisang gala cukup terkenal di Kelantan. Pokok pisang ini unik kerana tujuan menanamnya bukan untuk mendapatkan buah yang masak.

Sebaliknya, pisang ini ditanam untuk mendapatkan daun. Daun pisang ggala dikategorikan sebagai daun pisang paling sesuai untuk digunakan dalam penyediaan makanan seperti untuk membungkus kerana daunnya tebal dan tidak mudah koyak.

Apabila pokok ini berbuah, dua kebaikan diperoleh ialah buah muda dan jantung pisang.

Jantung pisang ggala sesuai untuk dimasak dijadikan ulam dan kerabu kerana rasanya tidak kelat.

Manakala buahnya tidak dibiarkan tua atau masak. Sebaliknya ia telah diambil ketika masih muda. Buah pisang ggala muda mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan acar masak.

Ketika masih muda, kulitnya sesuai dimakan apabila dibuat acar. Manakala biji pisang benggala yang banyak masih lembut dan boleh dimakan. 

Acar pisang ggala rasanya masam manis pedas. Ia banyak dihidangkan semasa kenduri dan hidangan berbuka puasa.

Batang pokok pisang ggala pula biasanya dirincih atau dipotong kecil untuk dijadikan makanan ternakan, terutamanya lembu. 

2 comments:

  1. Hi, boleh saya tahu mana nak dapatkan pisang ni?

    ReplyDelete
  2. Macamana nk dpt kn benih?

    ReplyDelete