Sunday 22 September 2019

PUNCA BUAH PISANG MEREKAH PECAH KULIT

 
Satu masalah biasa dihadapi penanam pisang ialah buahnya merekah atau pecah. Mengapakah masalah itu berlaku dan cara untuk mengatasinya?

Beberapa jenis pisang yang mempunyai kulit nipis akan mudah merekah atau pecah kulitnya. Keadaan ini tentu tidak elok biarpun buahnya tidak rosak sepenuhnya.

Buah pisang merekah kerana telah terlalu matang atau tua. Faktor zat pemakanan dan cuaca juga menjadi penyebab berlaku keadaan tersebut.

Jadi, cara untuk mengatasi buah pisang mereka atau pecah kulit ialah menuai buah itu sebelum matang sepenuhnya.

Pokok pisang sudah boleh ditebang apabila warna buahnya telah berubah warna menjadi tua. Ketika itu buah telah nampak berisi.

Cara lain untuk mengetahui buah pisang telah sesuai dituai ialah bahagian hujung buah pisang telah gugur.  



No comments:

Post a Comment