Sunday, 22 September 2019

BEZA POKOK LEKIR DENGAN SAREK

Pokok lekir dan sarek nampak sama, tetapi berbeza pada beberapa keadaan. Malah, nama pokok lekir dan sarek sering bertukar mengikut tempat tentu. Ada yang mengatakan pokok lekir sebagai pokok sarek dan sebaliknya.

Jadi, kerana ada perbezaan nama di tempat tertentu, sukar untuk dijelaskan secara tepat mana lekir dan sarek.

Sama ada mana satu lekir dan mana pula sarek, perlu betul-betul pasti untuk mengelak kesan tidak diingini.

Namun, berdasarkan kepada perbincangan dan pendapat di satu media sosial, ada beberapa ciri perbezaan yang dinyatakan oleh warganet.

Pokok sarek batangnya hijau muda dan lekir pula hijau gelap. Pokok sarek ketika baru tumbuh dalam bentuk 'kuntum bunga' yang apabila 'mala' akan berbau busuk.

Batang sarek muda boleh dibuat sayur macam batang keladi. Tidak ada rasa gatal kalau makan batang sarek. Begitu juga dengan isi atau ubi yang terbentuk di dalam tanah. 

Manakala pokok lekir berasa gagal dan ada kesan racun. Begitu juga dengan ubi dan buahnya. Buah lekir paling diminati oleh burung.

Bagaimanapun, jika pandai 'proses' batang dan ubi lekir juga boleh dimakan.

Memandangkan sukar untuk membezakan antara pokok sarek dan pokok lekir untuk tujuan diambil batang dibuat sayur, satu cara mudah ialah dengan mengambil sedikit bahagian batang yang dipotong dan diletakkan di bahagian kulit badan.

Jika rasa gatal atau tidak selesa, maka tidak perlulah ambil bahagian pokok itu untuk dimakan. 

1 comment: