Monday 2 September 2019

KAMPUNG NYIOR CHABANG BACHOK

Sesuatu yang luar biasa dan menarik sering dijadikan nama kepada sesuatu tempat atau kampung. Pokok kelapa bercabang dianggap sesuatu yang luar biasa kerana kebiasannya pokok kelapa berbatang tunggal dari bawah hingga ke puncaknya.

Salah satu tempat yang menggunakan nama Nyior Chabang (Kelapa Bercabang) ialah Kampung Nyior Chabag di Bachok Kelantan dan Lorong Nyior Chabang di Berek 12, Kota Bharu. Di Langkawi juga terdapat Kampung Nyior Chabang.

Tulisan mengenai Kampung Nyior Chabang ini timbul apabila membaca catatan Mohamad Nasir di FB.  

Tulis Mohamad: Pengalaman pada tahun 60-an semasa sekolah rendah.. Apabila cuti sekolah selalu berada di Bachok dan aktiviti selalunya menangkap ketam ragi dan remis, sabut kelapa sebagai pelampong dan ikat tali di tengah serta hujung tali diikat umpan ikan busuk... bila angkat ketam bergayut pada umpan

Berdekatan dengan pejabat tanah daerah lama di Jalan Nyior Chabang dan simpang ke Kampung Nipah ada alor selebar 10 hingga 15 kaki... selalu mancing haruan dan puyu... malam menyuluh ketam nipah guna peluta karbaid

Kekadang main perang kombat... senapang peluru buah dari pokok yNg menjalar... pokok kaki gunung dan kekadang perang sumpit buah penar yang dibuat daripada buluh peleting. 

No comments:

Post a Comment