Ramai
yang keliru antara pangkat 'kepten' dengan 'kapten' . Kedua-dua pangkat itu
secara sebutannya adalah sama. Namun, tahap atau kedudukan antara keduanya jauh
berbeza.
Kepten
adalah pangkat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Manakala kapten pula
digunakan untuk pangkat pegawai dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM)
dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kepten
dalam TLDM adalah setaraf pangkat Kolonel dalam perkhidmatan TDM dan TUDM.
Untuk
memudahkan kefahaman kedudukan pangkat TDM dan TLDM disenaraikan urutan pangkat
berkenaan.
Untuk
TDM dan TUDM, pangkat pegawai bermula Leftenan Muda (Lt. Muda), Leftenan (Lt),
Kapten (Kapt), Mejer (Mej), Leftenan Kolonel (Lt. Kol), Kolenel (Kol),
Brigediar Jeneral (Brig Jeneral), Mejer Jeneral (Mej Jeneral), Leftenal Jeneral
(Lt. Jeneral) dan Jeneral (Jen).
Manakala
pengkat pegawai TLDM bermula Leftenan Muda (Lt. Muda), Leftenan Madya (Lt.
Madya), Leftenan (Lt), Leftenan Komander (Lt. Komander), Komander, Kepten
(Kept), Laksamana Pertama (Laksma Pertama), Laksamana Muda (Laksma Muda), Laksamana
Madya (Laksma Madya), Laksamana (Laksma).
Berdasarkan
pangkat itu, terdapat dua perbezaan pangkat yang sebutan sama, tetapi berbeza dari
segi haraki pangkat dalam TDM dan TUDM dangan TLDM.
Pangkat
Leftenan dalam TDM dan TUDM adalah haraki kedua, tetapi dalam TLDM adalah ketiga.
Pangkat Leftenan dalam TDM dan TUDM menyamai Leftenan Madya dalam TUDM. Sedangkan pangkat Leftenan dalam TLDM menyamai
Kapten dalam TDM dan TUDM.
Pangkat
Kepten dalam TLDM pula menyamai Kolenel dalam TDM dan TUDM.
Disebabkan
terdapat perbezaan ini biasanya dalam penulisan akan ada pengguna tanda perkhidmatan
mereka selepas nama. Contohnya Leftenan Aziz (TLDM), Leftenan Abu (TUDM). Biarpun
kedua-duanya menyandang pangkat Leftenan, nama haraki pangkat mereka berbeza.
Untuk
pegawai TDM biasanya tidak ditulis 'TDM' di hujung nama mereka.
Assalamualaikum Skot moga terus berkarya. Cari pucuk ubi . baru tahu Ibu kayu pulut namanya.
ReplyDelete