Sunday, 1 September 2019

MASJID YAYASAN MOHAMED NOAH GENTING HIGHLANDS

Genting Highlands dikaitkan dengan pusat pelancongan dan perjudian. Jadi, gambaran sepintas lalu ramai beranggapan bahawa aspek kerohanian dan keagamaan tidak wujud di Genting Highlands.

Di Genting Highlands juga sebenarnya terdapat sebuah masjid yang besar dan cantik. Masjid tersebut yang dikenali Masjid Yayasan Mohamed Noah dibina di lokasi dinamakan Sri Layang.

Masjid ini dibuka pada tahun 1981 bagi memudahkan pekerja dan pengunjung Muslim menunaikan solat dan aktiviti keagamaan di situ.

Kedudukannya kira-kira 500 meter dari Stesen Bas Awana menjadikan ia tidak sukar dikunjungi.

Bagi pengunjung berkenderaan sendiri, biasanya tidak melepaskan peluang untuk singgah di Masjid Yayasan Mohamed Noah untuk menunaikan solat sebelum pulang atau ketika mula-mula sampai.

Ia juga menjadi tempat beristirahat seketika sebelum meneruskan aktiviti lain.

No comments:

Post a Comment