Saturday, 7 September 2019

PERLU LABEL TANDA PRODUK MUSLIM


Kempen utamakan produk muslim perlu dilakukan secara lebih berfokus dan berterusan. Pembeli sebenarnya tidak mendapat maklumat khusus mengenai produk muslim

Dari segi nama, banyak produk bukan muslim menggunakan jenama yang bercirikan Melayu dan Islam. Jadi, sukar untuk pembeli mengetahui tentang mana sebenarnya produk muslim.

Satu cara khusus untuk memperkenalkan sesuatu itu produk muslim ialah dengan menambah 'produk muslim' pada label. Dengan cara itu, mudah bagi pembeli mengetahui mengenainya.

Mohon persatuan peniaga Muslim dan NGO yang berkaitan boleh merekacipta satu design hologram dan dipatenkan untuk kegunaan hanya kepada pengeluar produk Muslim.

No comments:

Post a Comment