Friday, 23 April 2021

FADHLI BERTUKAR KE SMKA TOK BACHOK


Seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Krian 3 (SMKKK3) berasa kehilangan apabila Pengetuannya, Muhd Fadhli Jusoh ditukar keluar bertugas di tempat baharu.

Fadhli yang bertugas di SMKKK3 bermula Ogor 2019 sehingga April 2021 akan menyandang jawatan baharu sebagai Pengetua di Sekolah Menangah Kebangsaan Agama Tok Bahcok (SMKA Tok Bachok).

Perlantikan Fadhli sebagai pengetua di SMKA Tok Bachok diumpama seperti sirih pulang ke gagang. Bukan bermakna kembali ke sekolah asal atau tempat pernah bertugas, tetapi kembali terlibat dalam pentabiran pendidikan Islam.

Fadhli sebelum menjawat Pengetua SMKKK3 adalah Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Selain itu, beliau juga anak jati Bachok.

SMKA Tok Bachok terletak di Tangok, Bachok, Kelantan. SMKA Tok Bachok adalah dalam kategori Sekolah Kluster Kecemerlangan. Ia juga Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2015 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka.

Dengan status SMKA Tahfiz Model Ulul Albab, ia bermatlamat untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik.

Diharap dengan kehadiran Fadhli di sekolah berkenaan, kecemerlangan dan kejayaan SMKA Tok Bachok lebih terserlah.

 

1 comment:

  1. Meme kita di SMKKK3 terasa kehilangannya.Amat berat untuk kami melepaskannya...tapi kan daya.Selamat bertugas di Tempat Baru Boss yg komited

    ReplyDelete