Sunday, 10 October 2021

KIJANG ZON WARISAN BUDAYA

  
Kijang adalah lambang negeri Kelantan. Ada nama kampung dinamakan ‘kijang’ iaitu Kampung Kijang. Ada satu kem terkenal untuk aktiviti pengakap dan perkhemahan iaitu Kem Kijang. 
 
Satu lagi nama yang lebih besar ialah kijang adalah salah satu nama kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kijang. 
 
Pemasangan papan tanda 'Kijang Zon Warisan Budaya' di bulatan Gok Kapor diharap dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke destinasi menarik di dalam DUN Kijang ini. 
 
Sememangnya DUN Kijang sudah terkenal dengan kawasan pelancongan dan kraftangan di negeri Kelantan. 
 
Bermula dari Zon Songket di Kampung Penambang , deretan gerai jagung di Kampung Redang, Pusat Riadah Keluarga di Pantai Kundur dan Pantai Mek Mas, Zon Batik di Kedai Buloh dan kraftangan membuat wau. 
 
Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang juga destinasi pelancongan yang terletak di dalam DUN Kijang ini merupakan salah satu tarikan utama pelancong tempatan mengunjungi kawasan ini atas faktor pantainya yang mampu memukau mata para pelancong yang hadir.
 
Gambar Bulatan Gok Kapor.

No comments:

Post a Comment