Hidup
ini kita kena ada prinsip. Ada perkara yang ingin kita capai untuk diri
sendiri. Usahkan apa yang kita rasa betul dan jauhkan perkara yang difikirkan
salah.
Kita
tidak perlu ikut apa yang orang lain hendak. Lama mana kita mampu hendak jaga
hati orang lain. Hati sendiri tidak terjaga.
Sampai
satu masa, kita akan penat untuk puaskan hati semua orang.
Sampai
satu masa, kita hanya buat yang terbaik yang kita boleh.
Kita
tidak mampu untuk melayan sepenuhnya apa orang lain mahu. Jadi, cakap-cakap mereka
yang tidak puas hati itu kita tidak lagi peduli.
Pentingkan
diri sendiri dahulu. Kita hanya mahu gembira. Kita hanya mahu buat semuanya
dengan ikhlas. Tanpa mengharap balas. Tidak perlu berpura-pura.
Teruslah
begitu. Allah pasti menghantar mereka yang jujur serta ikhlas juga mendekati
kita.
No comments:
Post a Comment