Membantu
tidak semesti banyak. Biar sedikit, tetapi ada. Sedikit yang kita bantu mungkin
besar ertinya bagi yang menerima.
Atas
dasar itu, Pertubuhan Cakna
Asnaf Kelantan (PCAK), iKasih Kelantan dan Thirdforce Kota Bharu mengadakan Program Agihan Bakul Infak Ramadan kepada
pemandu kereta sewa di Kuala Krai.
Golongan
pemandu kereta sewa merupakan antara golongan terkesan pada masa perintah kawalan
pergerakan (PKP) dan pada masa sekarang berdepan pula saingan dengan perkhidmatan
grab.
Sumbangan
diharapkan akan datang sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka dalam
menghadapi gelombang krisis ekonomi yang berlaku sekarang ini.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat
atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf
dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment