Monday 29 May 2023

HOSPITAL BACHOK, KEMUDAHAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT

 
Hospital Bachok di Jelawat yang bakal siap tidak lama lagi melengkapkan status Kelantan mempunyai satu hospital di setiap daerah.
 
Pembinaan Hospital Bachok amat penting bagi menampung keperluan penduduk tempatan dan manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat sekitar tanpa perlu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan.
 
Sebagai rekod, kerja pembinaan Hospital Bachok yang menelan kos RM141 juta telah dimulakan pada September 2016 dan sepatutnya siap pada Disember 2020, namun tergendala berikutan pandemik COVID-19.
 
Pembinaan hospital berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam meningkatkan tahap kesihatan penduduk di kawasan Bachok.
 
Hospital Bachok dengan kapasiti 76 buah katil turut mempunyai kemudahan pejabat pentadbiran, kafeteria, perkhidmatan pesakit luar dan kemudahan lain seperti kuarters kakitangan, kawasan letak kereta, surau, bangunan sokongan seperti rumah sampah dan loji rawatan air.

No comments:

Post a Comment