Friday, 9 June 2023

SEJARAH MASJID BIR ALI, MADINAH

 
Sejarah Masjid Bir Ali dibina pada zaman Rasulullah SAW lagi. Menurut catatan sejarah masjid ini dibina di lokasi Rasulullah SAW berteduh di bawah pokok Akasia ketika menuju Mekkah untuk menunaikan ibadah umrah.
 
Kata Bir Ali berasal dari kata “bir” yang bermaksud jamak bagi telaga. Manakala Ali pula sebagai memperingati Sayidina Ali bin Abi Thalib sebagai individu yang paling banyak menggali telaga di kawasan tersebut. Telaga-telaga yang digali oleh Sayidina Ali sekarang sudah tidak ada lagi disebabkan tertimbus akibat proses pembangunan dan peluasan masjid.
Masjid ini tergolong sangat istimewa di kalangan para jamaah umrah. Rasulullah SAW selalu singgah dan mengambil miqat di masjid ini. Miqat adalah tempat bermulanya ihram.
 
Masjid ini memiliki menara setinggi 64 meter yang nampak menjulang gagah dari balik rendangnya pohonan di bawah sebuah lembah. Pada zaman Rasulullah lembah tersebut dikenal dengan nama Lembah Aqiq. Lembah yang terletak ini terletak kira-kira 11 kilometer dari Masjid Nabawi dan 9 kilometer dari sisi luar kota Madinah.
 
Masjid Bir Ali memiliki keistimewaan tersendiri. Selain dikenal sebagai masjd bersejarah tempat Rasulullah SAW memilih miqat untuk berangkat umrah pemandangan di sektatr Masjid Bir Ali juga sangat mengagumkan.
 
Lokasi masjid ini berada di bawah lembah yang rimbun menghijau. Latar belakangnya adalah sebuah bukit berbatu sehingga nampak jelas berbanding persekitarannya. Bangunan yang dijadikan tempat ibadah ini tampak berdiri teguh dan berwibawa.
 
Dari luar Masjid Bir Ali nampak seperti bangunan mirip benteng. Terlihat gagah menjulang dengan latar belakang batu dan dengan hiasan pepohonan yang menghijau.

Masjid ini mempunyai keluasan 26 ribu meter persegi ini dilengkapi tempat letak kenderaan  yang luas di bahagian depan maupun belakang masjid. Jalan yang mengelilingi bangunan masjid menyebabkan pengunjung boleh melihat masjid ini dari satu sisi ke sisi lainnya.
 
Pokok yang hijau memenuhi kawasan masjid. Rumput-rumput menghijau dan taman yang indah menjadi daya tarik Masjid Bir Ali.

No comments:

Post a Comment