Parit dibina sebagai kubu pertahan Madinah. Perang Khandak (parit) atau Perang Ahzab (gabungan) berlaku setelah Bani
Nadir berjaya mempengaruhi Quraish Makkah dan beberapa suku lain untuk
menyerang orang Islam Madinah.
Pada akhir Mac 627 Masihi, tentera yang Quraish diketuai Abu
Sufyan, bergerak mara ke Madinah. Pada masa sama, penunggang kuda daripada Bani
Khazaah berangkat ke Madinah dengan tujuan memberi amaran kepada orang Islam
tentang gerakan tentera kafir ke arah mereka.
Penunggan kuda Khuzaah sampai di Madinah dalam masa empat hari,
dan memberi amaran kepada Nabi Muhammad bahawa tentera Gabungan dijangka sampai
di Madinah dalam masa seminggu.
Rasulullah SAW mengumpulkan orang Madinah bagi membincangkan
strategi terbaik menangkis serangan musuh yang bakal menyerang.
Bertempur di tanah lapang (yang membawa kepada kemenangan di
Badar), dan menunggu mereka di dalam bandar (pengajaran daripada Uhud) turut
dibincangkan.
Akhirnya, orang Islam yang kurang bilangan daripada musuh memilih
peperangan pertahanan dengan menggali parit dalam yang dapat menjadi rintangan
kepada musuh di kawasan utara Madinah.
Taktik ini dicadangkan oleh Salman al-Farisi. Setiap Muslim di
Madinah, termasuk Nabi Muhammad, mula menggali parit besar yang selesai digali
dalam tempoh enam hari.
Parit digali pada bahagian utara Madinah sahaja memandangkan
wilayah lain Madinah dikelilingi gunung berbatu dan kawasan berpokok, yang
sukar direntasi ketumbukan tentera besar (khususnya pasukan berkuda).
Dari segi taktik, ini bermakna serangan musuh dalam bilangan yang
besar hanya boleh dilakukan dari arah utara.
Seiring dengan kerja menggali parit, Madinah juga mengalami
kekurangan makanan. Kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di pusat bandar
Madinah. Orang Madinah menuai tanaman mereka awal agar tentera Gabungan
terpaksa bergantung kepada bekalan makanan mereka sendiri.
Nabi Muhammad menubuhkan markas baginda di sebuah bukit kecil
digelar Sala dan tentera Islam diatur di sana. Kedudukan ini memberi pihak
Muslim kelebihan sekirannya tentera Kafir berjaya menyeberangi parit.
Kekuatan keseluran tentera Islam yang mempertahankan Madinah
daripada serangan musuh terdiri daripada 3,000 orang, dan melibatakn semua
penduduk yang berumur 15 tahun ke atas, melainkan Bani Quraizah (Quraizah ada
membekalkan orang Islam dengan alat penggali parit).
Jumlah keseluruhan tentera Gabungan, dianggarkan seramai lebih kurang
10,000 orang infantri dan 600 orang berkuda.
Gambar replika pembinaan parit.

No comments:
Post a Comment