Parit halang musuh serang Madinah. Pengepungan Madinah dalam Perang Khandak bermula pada 31 Mac 627 M
dan berlanjutan selama 27 hari. Memandangkan peperangan pengepungan jarang
berlaku, pihak musuh yang melibatkan gabungan musuh melibatan tentera Quraish dan
beberapa suku lain sukar untuk berdepan dengan parit yang dibina sebagai kubu.
Setelah mengetahui tentera
gabungan musuh telah bergerak ke Madinah, Rasulullah SAW mengarahkan penduduk
Madinah membina parit sebagai kubu.
Parit digali pada bahagian utara Madinah sahaja memandangkan
wilayah lain Madinah dikelilingi gunung berbatu dan kawasan berpokok, yang
sukar direntasi ketumbukan tentera besar (khususnya pasukan berkuda).
Tentera Gabungan cuba menyerang dengan penunggang kuda dengan
harapan mencari laluan, tetapi pihak Muslim dalam kedudukan kukuh dan dapat
mematahkan setiap cubaan.
Kedua-dua bala tentera berkumpul pada dua belah parit dan
menghabiskan masa dua atau tiga minggu menghamburkan penghinaan dalam bentuk
syair terhadap masing-masing, diiringi dengan anak panah yang dilepaskan dari
jarak jauh.
Para veteran Quraisy mula berasa bosan dengan kegagalan dan
sekumpulan yang diketuai Amr ibn Wudd dan Ikrimah ibn Abu Jahal cuba menggempur
melalui parit.
Mereka berjaya merentasi parit dan mara ke kawasan paya berdekatan
bukit Sala. Amr mencabar Muslim berperang tanding. Sayidina Ali Abi
Talib menerima cabaran tersebut dan selepas pergelutuan pendek, Amr
dibunuh Sayidina Ali. Kemudian teriakan 'Allahu Akbar' kedengaran.
Selepas pembunuhan Amr pasukan kecil Gabungan berundur dalam
keadaan kelam kabut. Kendatipun pihak Gabungan hanya kehilangan tiga orang
pejuang, mereka gagal mencapai apa-apa matlamat.
Pasukan Gabungan cuba beberapa kali melintasi parit pada waktu
malam tetapi gagal. Walaupun pihak Gabungan mampu mengatur anggota mereka di
sepanjang parit, mereka agak keberatan untuk bertempur berdepan-depan dengan
orang Islam kerana pejuang Muslim dianggap lebih cekap dalam pertempuran
berdepan-depan.
Oleh sebab tentera Islam dalam kedudukan kukuh di belakang tebing
parit yang dibina daripada tanah dan bersedia melontarkan batu dan anak panah
sekiranya sesiapa cuba menyeberang parit, apa jua gerakan menyeberang akan
menyebabkan ramai korban.

No comments:
Post a Comment