Musuh cuba buat serangan dari dalam. Ketika Perang Khandak, parit yang dibina sebagai pertahanan
telah menyukarkan gabungan tentera musuh yang diketuai Abu Sufyan untuk
melakukan serangan besar-besaran ke atas Madinah. Sejumlah 10,000 tentera yang
ada tidak mampu melepasi parit.
Untuk itu, pihak musuh cuba memujuk Bani Quraizah agar
berpaling tadah dan mengkhanati perjanjian bersama orang Islam. Quraizah
tinggal dalam Madinah dan penempatan mereka terletak di selatan Madinah.
Huyayy ibn Akhtab, berusaha mendapatkan sokongan Quraizah.
Namun Bani Quraizah mengambil kedudukan berkecuali kerana mematuhi perjanjian
dengan Nabi Muhammad.
Malah ketua mereka enggan menerima Huyayy ibn Akhtab apabila
Huyayy datang berjumpa buat kali pertama. Namun, Huyayy ibn Akhtab akhirnya
berjaya bertemu Quraizah dan meyakinkan mereka bahawa orang Islam sudah tentu
akan ditewaskan.
Quraizah dapat melihat ketumbukan tentera Gabungan yang
besar, yang bergerak di merata tempat dengan ramai anggota tentera berjalan
kaki dan yang berkuda, dan akhirnya Quarizah bertukar fikiran dan menyertai
Gabungan.
Berita yang kononnya Quraizah telah belot mula tersebar dan
Umar al-Khattab dengan cepat memaklumi Nabi Muhammad. Telahan berkaitan
pembelotan Quraizah diperkuat dengan pergerakan tentera Gabungan ke arah
penempatan dan kubu kuat Quraizah.
Timbul perasaan risau pada Nabi Muhammad tentang pergerakan mereka dan Nabi
Muhammad menyedari bahawa Quraizah menimbulkan keadaan amat berbahaya kepada
orang Islam.
Nabi tidak membuat persiapan rapi terhadap pertahanan di
perbatasan Madinah (di arah selatan) dengan kaum tersebut kerana berpegang
kepada perjanjian antara baginda dan Bani Quraizah. Tambahan pula Quraizah
memiliki senjata: 1,500 pedang, 2,000 lembing, 300 baju besi dan 500 perisai.
Nabi Muhammad menghantar tiga orang sahabat meninjau
perkembangan terkini Quraizah. Baginda menasihati mereka agar memberikan
pendapat mereka secara terbuka sekiranya Bani Quraizah masih taat, kerana ini
boleh mengekalkan semangat pejuang Islam.
Para sahabat mendapati sesungguhnya Quraizah telah melanggar
perjanjian. Usaha meyakinkan mereka agar berpegang kepada perjanjian damai
tidak diendahkan.
Bagaimanapun, Bani Quraizah tidak memulakan serangan dari
dalam disebabkan strategi perang saraf yang berjaya atur oleh tentera Islam.
Akibat pengkhianatan tersebut, selepas perang, Bani Quraizah
dijatuhi hukuman. Semua lelaki dewasa yang matang dan mampu memegang senjata
dihukum bunuh. Manakala golongan wanita dan kanak-kanak dijadikan tawanan
perang
Gambar sekadar hiasan.

No comments:
Post a Comment