Friday 6 January 2017

Khasiat stevia

Khasiat manis semuajadi stevia rawat penyakit, ganti gula lebih selamat. Stevia pemanis semulajadi merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea).

Ia secara rasminya ditemui pada kurun kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay.

Stevia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis semulajadi ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Stevia pemanis semulajadi juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Stevia pemanis semulajadi merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut.  Untuk menanam stevia pemanis semulajadi, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.

Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu.

Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih.

Bentuk bunga stevia pemanis semulajadi menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar.

Walaubagaimanapun, ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia pemanis semulajadi dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside.

Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes.

Selain itu, stevia pemanis semulajadi juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam.

Stevia pemanis semulajadi digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu, stevia pemanis semulajadi juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka.

Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Pada mulanya stevia pemanis semulajadi tumbuh secara meliar di dataran tinggi terutamanya di Utara Paraguay dan Selatan Brazil. Ia kemudiannya ditanam untuk digunakan sebagai pemanis sehingga tebu diperkenalkan oleh orang Sepanyol dan Portugis.

Walau bagaimanapun, penggunaan stevia di kebanyakan negara telah dihadkan. Sebagai contoh, pada 1990-an, Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan stevia kecuali yang telah dilabelkan sebagai supplement.

Kini, Amerika dan Kanada telah menjadikan stevia pemanis semulajadi sebagai dietary supplement, tetapi bukan sebagai makanan tambahan.

Selain itu, pemanis stevia juga telah meluas penggunannya di Jepun. Ia telah dihasilkan secara komersial di Jepun sejak tahun 1971 oleh syarikat Morita Kagaku Kogyo Co., Ltd dan telah digunakan dalam produk makanan serta dalam minuman ringan.

Pada masa kini, stevia pemanis semulajadi telah ditanam dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam industri makanan di Asia Timur termasuk China (sejak 1984), Taiwan, Korea, Thailand dan Malaysia, sehingga Amerika Selatan, Eropah, India, Ukraine dan Amerika Utara.

1 comment:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete