Wednesday 2 October 2019

SEJARAH ASAL NAMA NASI DAGANG

Nasi dagang terkenal di Kelantan. Namun, tidak diketahui asal nama nasi dagang. Adakah ia nasi yang mula diperkenalkan oleh pedagang yang datang berdagang di Kelantan? Atau mugkinkah ia nasi yang dibawa oleh orang Kelantan untuk pergi berdagang?

Biarpun ada beberapa versi cerita atau kisah mengapa dinamakan nasi dagang, tiada fakta sokongan untuk menguatkan kisah itu. Sebab itu sejarah nasi dagang tidak lagi releven untuk diceritakan.

Selain di Kelantan, nasi dagang turut terkenal di Terengganu. Biarpun kedua-duanya menggunakan nama nasi dagang, sebenarnya ia tidak sama.

Sebab itu ada nama khas untuk membezakan antara kedua-duanya iaitu Nasi Dagang Kelantan dan Nasi Dagang Terengganu.

Nasi Dagang kelantan ini kebiasaannya berwarna merah atau keperang-perangan kerana menggunakan beras khas yang hanya dijual di Kelantan sahaja.

Manakala bagi lauknya pula, ia biasanya dimakan dengan gulai ikan aya atau gulai ayam yang khusus untuk nasi dagang.

Gulai ini biasanya dipanggil gulai kunyit lengkuas. Biasanya ia juga diletakkan sehiris telur ayam rebus yang dibelah empat.

Selain itu, istimewanya nasi dagang Kelantan ini kerana ia juga dimakan dengan sambal kelapa.

Manakala Nasi Dagang Terengganu secara kebiasaannya, diperbuat daripada campuran beras biasa dan beras pulut dan dimasak bersama santan kelapa (dikukus).

Bagi lauknya pula, Nasi Dagang Terengganu dihidangkan bersama kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa).

Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar. Selain itu acar timun juga disediakan. 

Nasi dagang Kelantan

Nasi dagang Terengganu

No comments:

Post a Comment