Wednesday 2 October 2019

NASI DAGANG KELANTAN

Nasi dagang yang begitu terkenal di Terengganu dan Kelantan. Namun, tahukah anda terdapat perbezaan di antara nasi dagang yang dibuat di Terengganu serta nasi dagang yang dibuat di Kelantan?

Nasi Dagang kelantan ini kebiasaannya berwarna merah atau keperang-perangan kerana menggunakan beras khas yang hanya dijual di Kelantan sahaja.

Manakala bagi lauknya pula, ia biasanya dimakan dengan gulai ikan aya atau gulai ayam yang khusus untuk nasi dagang.

Gulai ini biasanya dipanggil gulai kunyit lengkuas. Biasanya ia juga diletakkan sehiris telur ayam rebus yang dibelah empat.

Selain itu, istimewanya nasi dagang Kelantan ini kerana ia juga dimakan dengan sambal kelapa. 

Sejarah asal nama nasi dagang

Nasi dagang Terengganu

1 comment: