Wednesday 2 October 2019

YAHUDI SURUH ANAK PELUK ISLAM


Semangat perpaduan khususnya dalam kalangan umat Islam dapat dihayati apabila mereka menjadikan Rasulullah SAW sebagai uswatun khasanah. Baginda juga menjadi perlambangan perhubungan dengan orang bukan Islam.

Diriwayatkan, seorang Yahudi tidak tahan melihat kesengsaraan anaknya yang nazak datang bertemu Rasulullah SAW, sebagai pemimpin Madinah yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Orang Yahudi itu meminta Rasulullah SAW bertemu anaknya dan melihat keadaan anak itu, Baginda berkata, “Engkau syahadahlah biar ringan sakitmu.”

Lelaki itu terkejut, sementara anaknya memandang bapanya seolah-olah bertanya apakah dia boleh bersyahadah?

Bapa yang tidak tahan melihat keperitan anak dan menghormati Rasulullah SAW sebagai tokoh dikagumi masyarakat menyuruh anaknya mematuhi Rasulullah SAW.

Anak itu memeluk Islam dan meninggal dunia. Ini menunjukkan Rasulullah SAW dipercayai orang bukan Islam kerana akhlak Baginda yang baik.

No comments:

Post a Comment