Wednesday 2 October 2019

BERDOA KETIKA PERASAAN NEGATIF


Ada fahaman yang mengatakan bahawa tidak boleh berdoa dalam keadaan ada perasaan yang negatif dalam hati seperti takut, sedih dan risau.

Fahaman itu bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (Surah al-Isra', ayat 11)

Sebahagian daripada mereka yang tidak memahami ayat di atas, menganggap inilah bukti tidak boleh berdoa dalam keadaan negatif.

Kata Imam Ibn Kathir: “Allah mengkhabarkan hamba-Nya tentang kelembutan-Nya kepada hamba-hamba-Nya: ‘Dia tidak memakbulkan doa mereka apabila mereka mendoakan keburukan ke atas diri mereka, harta-harta mereka atau anak-anak mereka dalam keadaan mereka sedang marah.

Dia mengetahui bahawa sebahagian daripada mereka tidak bermaksud dengan apa yang mereka doakan. Oleh itu, tidak dimakbulkan doa keburukan tersebut.”

Berdasarkan penjelasan Imam Ibn Kathir, dapat kita fahami bahawa ayat di atas sama sekali tidak ada kaitan dengan berdoa dalam keadaan yang negatif seperti risau dan takut.

Ayat di atas adalah berkenaan sebilangan manusia yang mendoakan keburukan buat diri dan juga sekeliling mereka.

No comments:

Post a Comment