Wednesday 2 October 2019

TIDAK PASTI SETIAP DOA DIMAKBULKAN


Ada pendapat menyatakan bahawa apabila kita berdoa, Allah SWT semestinya akan memakbulkan doa tersebut jika tekniknya tepat.

Dalam masa yang sama, ada mengatakan seorang hamba perlu bersangka baik doanya pasti dimakbulkan Allah SWT.

Antara dalil yang digunakan adalah firman Allah SWT bermaksud: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir, ayat 60)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman: “Aku berada pada sangkaan hamba-Ku kepada-Ku.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no. 7505)

Sabda Nabi SAW bermaksud: "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa." (Hadis riwayat al-Tirmizi no. 3479)

Imam al-Baghawi menjelaskan maksud (وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) dengan katanya: “Sembahlah aku dan tidak selainku, nescaya Aku akan mengabulkan, memberikan ganjaran dan mengampunkan kamu semua. Apabila dinyatakan ibadah itu dengan doa, datang ganjaran itu sebagai tanda mustajabnya.

Jelas sekali ia tidak bermaksud apa jua yang kita minta, secara pasti akan dimakbulkan begitu sahaja oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment