Ibadat
bekalan hidup di akhirat. Dosa pahala yang dilakukan sepanjang hidup di
dunia menentukan kehidupan lepas mati. Hidup manusia diletakkan tanggungjawab
untuk beribadat kepada Allah SWT. Kehidupan manusia tidak sama seperti haiwan
yang tidak akan menerima pembalasan atas apa yang dilakukan.
Allah SWT menjadikan hidup di dunia bukan
sia-sia atau secara main-main tetapi ada tanggungjawab tertentu. Manusia diberi
akal fikiran supaya tidak terikut-ikut dengan gaya menyalahi fitrah. Hidup di
dunia bertujuan untuk mencari bekalan hidup di akhirat.
Allah SWT
berfirman bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya
menciptakan kamu sia-sia saja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?
(Surah al-Mukminun, ayat 115)
Apakah kita bersedia dengan bekalan akhirat
untuk menghadapi kehidupan yang kekal di sana. Nilaikan sendiri adakah gaya
hidup, tingkahlaku dan amalan sehari-hari menjurus persediaan menjadi ahli
syurga atau sudah pun tergelincir sebagai ahli neraka.
Mereka lebih
banyak timbangan pahala dimasukkan ke syurga, manakala neraka pula menerima
mereka lebih banyak melakukan dosa. Pahala dan dosa kedua-duanya adalah bekalan
hidup di akhirat, pahala bekalan baik dan dosa pula bekalan tidak baik.
Kita dapat menilai sendiri kemungkinan hidup
di akhirat berdasarkan garis panduan hidup yang telah ditetapkan Allah SWT.
Jika banyak
melakukan perkara disuruh dan meninggalkan perkara dilarang, insya-Allah di
akhirat nanti menjadi penghuni syurga. Sebaliknya, neraka menjadi tempat bagi
mereka yang hidupnya bergelumang dengan dosa.
Semestinya setiap muslim perlu berusaha untuk
mengumpul pahala sebanyak mungkin dan menghindarkan daripada dosa untuk bekalan
di akhirat.
Manusia sering
dilalaikan daripada melalukan kebaikan disebabkan terlebih mengejar kebahagiaan
hidup di dunia. Justeru, Allah SWT memberi peringatan bahawa kehidupan di
akhirat itu lebih utama.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan (ingatlah) sesungguhnya
negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa
kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?." (Surah Yusuf, ayat 109).
No comments:
Post a Comment