Hukum baca fatihah kepada si mati. Satu amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita apabila mendengar
kematian seseorang ialah menyedekahkan bacaan al-Fatihah.
Kita sering mendengar ungkapan
mengajak agar menyedekahkan al-Fatihah kepada seseorang dalam sesuatu
majlis.
Contohnya, "marilah kita
sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada si fulan bin si fulan yang baru sahaja
meninggal sebentar tadi…”
Bahkan, kita juga diingatkan agar
menyedekahkan al-Fatihan kepada mereka yang telah lama meninggal dunia seperti
pejuang negara, tokoh tertentu, sanak saudara dan sebagainya.
Di Facebook dan media sosial lain juga
kini menjadi medan untuk menulis “al-Fatihah” sebagai tanda bacaan al-Fatihah
telah dibacakan dan disedekahkan kepada si mati.
Dengan kata lain, perkara itu sudah
menjadi satu kebiasaan. Bahkan, dirasakan satu kejanggalan jika
tidak melakukan perkara itu jika diketahui ada berita mengenai satu-satu kematian. Kita
akan merasa seperti jahil dan tidak sensitif dengan berita kematian itu.
Persoalannya, adakah perbuatan itu
suruhan agama?
Sebenarnya, perbuatan membaca
al-fatihah kepada si mati atau menyedekahkan pahala bacaannya kepada si mati
tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan bukan merupakan amalan para
sahabat dan kaum salaf.
Tidak diriwayatkan walau satu hadis, cerita atau apa jua kisah bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat pernah melakukan amalan sedekah al-Fatihah kepada orang mati di kalangan mereka.
Isunya bukan soal sampai tak sampai, tetapi soal tak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan ianya masalah ibadah serta tidak boleh melakukan sesuatu yang Nabi SAW tidak buat.
Sedekah ialah memberikan sesuatu yang sudah kita miliki. Adapun pahala bacaan al-Fatihah belum tentu dimiliki oleh kita kerana boleh jadi saja ianya ditolak oleh Allah SWT kerana tidak ikhlas, tidak betul tajwid atau salah sebutan bacaan sehingga maknanya lari.
Lalu jika pahala al-Fatihah itu pun belum dijamin dapat, bagaimana mahu diberikan kepada orang lain? Kalau sedekah harta dan sesuatu milik kita maka hal tersebut sudah jelas dan sememangnya diterima oleh syarak.

Sebenarnya, jika kita boleh
menyedekahkan pahala bacaan al-Fatihah, maka kita juga boleh menyedekahkan pahala
bacaan ayat al-Quran lain. Ini kerana, membaca al-Quran mendapat
pahala tanpa mengira ayat atau surah mana.
Berkata Abdullah bin Mas’ud bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca satu huruf
daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan
setiap satu hasanah baginya 10 pahala. Aku tidak katakan آلم satu huruf, bahkan
alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." (Hadis riwayat
Tirmizi).
No comments:
Post a Comment