Masyarakat Islam di Malaysia tidak makan katak kerana
haram. Namun, ada mazahab kata harus atau boleh makan katak. Ia
berdasarkan dalam al-Quran disebut hanya babi sahaja haram dimakan oleh orang
Islam.
Maka, semua haiwan lain halal dimakan kecuali disebabkan
kategori bangkai, darah mengalir, disembelih bukan kerana Allah, mati dicekik
atau tercekik, mati dipukul, mati jatuh dari tempat tinggi, mati ditanduk
ketika berlaga dan mati dimakan binatang buas.
Hukum boleh makan katak tersebut disebut dengan jelas dalam dua
ayat ini. Dalam ayat pertama Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula
melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah,
ayat 173)
Dalam ayat kedua pula Allah SWT berfirman: "Diharamkan
kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang
keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang
yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang
mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati
ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu
sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan
(diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik." (Surah al-Maidah, ayat 3)
Dalam dua ayat al-Quran di atas tidak disebut katak haram
dimakan. Jika meneliti nas dan dalil daripada hadis pula tentang hukum makan
katak didapati bahawa Rasulullah SAW tidak pernah memperuntukkan atau
menjelaskan hukum yang jelas tentang makan katak. Sebaliknya yang ada ialah
hadis memperuntukkan hukum larangan membunuh katak.
Dalam satu hadis disebutkan daripada Abu Hurairah katanya bahawa
Rasulullah telah menegah daripada membunuh surah (sejenis burung), katak, semut
dan pelatuk. (Riwayat Ibn Majah)
Dalam hadis lain disebutkan Rahman bin Uthman berkata telah
menyebut seorang ahli perubatan berada di sisi Rasulullah dan dia telah
menyebut katak akan dijadikan ubat, maka Rasulullah melarang membunuhnya. (Riwayat
Ahmad)
Dalam sebuah hadis lagi disebutkan: "Daripada Abdul Rahman
bin Uthman bahawa Rasulullah telah melarang membunuh katak. (Riwayat an-Nasai)
Ada juga beberapa hadis yang menyebut bahawa suara katak pada
musim hujan merupakan tasbih kepada Allah. Berdasarkan hadis-hadis itu
menyebabkan sesetengah ulama termasuk Imam Syafie berijtihad dan menganggap
bahawa kerana Rasulullah melarang membunuh katak, maka hukum makannya pun
dianggap haram.
Bagaimanapun, ketiga-tiga hadis melarang membunuh katak serta
beberapa hadis yang menyebut bahawa katak itu sebagai tasbih kepada Allah
adalah hadis yang lemah disebabkan terdapat perawi-perawinya yang lemah dan
tidak boleh dipercayai.
Ada sesetengah ulama mengkategorikan katak seperti ikan dan
haiwan-haiwan yang tinggal dalam air. Mengenai kategori ini ada nas yang umum
daripada ayat al-Quran dan hadis dihurai dan ditafsirkan (bukan secara
terang-terang dan muktamad) bahawa semua haiwan yang tinggal dalam air adalah
harus dimakan.
Nas yang umum daripada al-Quran itu bermaksud: "Dihalalkan
bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai
bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang
dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat
selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah, yang
kepada-Nya kamu akan dihimpunkan. (Al-Maidah: 96)
Nas yang umum daripada hadis pula seperti hadis riwayat Ahmad,
Tirmizi, Malik, Darimi dan lain-lain yang bermaksud: "Ia (laut) bersih
airnya dan halal bangkainya. "
Berdasarkan nas daripada al-Quran dan hadis yang umum ini serta
hukum yang diambil daripada kaedah syariah asal setiap sesuatu itu harus, maka
dapat dikatakan semua haiwan yang tinggal dalam air harus dimakan termasuk
katak.
Bagaimanapun, hukum halal ijtihad seperti ini adalah terserah
kepada adat dan pertimbangan kita masing-masing. Jika ada orang tergamak, bukan
saja katak tetapi buaya pun boleh dia makan.
Sementara itu ada sesetengah ulama mengkategorikan katak dari
golongan haiwan dua alam yang dipanggil dalam bahasa Arab, barmai (darat
air).
Haiwan jenis dua alam ini dianggap haram dimakan oleh sesetengah ulama dan hukum ijtihad ini jika dilaksanakan sepenuhnya, maka beberapa jenis ketam, siput dan kerang tidak boleh dimakan.
Haiwan jenis dua alam ini dianggap haram dimakan oleh sesetengah ulama dan hukum ijtihad ini jika dilaksanakan sepenuhnya, maka beberapa jenis ketam, siput dan kerang tidak boleh dimakan.
Pun, didapati hukum haram dimakan haiwan dua alam tidak ada
dalam al-Quran dan hadis, tetapi ia merupakan hukum ijtihad sesetengah ulama
berdasarkan adat tempat dan persekitaran yang mereka tinggal.
Secara umumnya majoriti (jumhur) ulama menganggap semua haiwan
laut (air), sama ada ikan dan binatang-binatang lain harus dimakan. Hukum
majoriti ulama ini berdasarkan ayat 96 daripada surah al-Maidah dan hadis yang
menyebut bahawa bangkai laut adalah halal seperti tersebut di atas.
Bagaimanapun, sesetengah mazhab seperti Syafie dan Hambali
berbeza dengan majoriti ulama kerana mereka menganggap katak haram dimakan
disebabkan ada hadis-hadis yang melarang membunuhnya.
Tetapi seperti telah disebut di atas bahawa kedudukan semua
hadis yang melarang membunuh katak itu adalah tidak kuat belaka.
Agak perlu disebut juga nukilan Imam al-Bukhari berhubung hukum
makan katak ini. Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya ketika menghurai ayat 96
daripada surah al-Maidah itu menyebut bahawa asy-Syabi (Aamir bin Syarahil)
berkata: Jika ahli keluargaku makan katak, nescaya aku memberi mereka
makannya.
Pada waktu yang sama al-Bukhari juga menyebut bahawa al-Hassan (al-Hassan bin Abi al-Hassan Yassar al-Basri) menganggap tidak mengapa jika ada orang mahu makan kura-kura.
Pada waktu yang sama al-Bukhari juga menyebut bahawa al-Hassan (al-Hassan bin Abi al-Hassan Yassar al-Basri) menganggap tidak mengapa jika ada orang mahu makan kura-kura.
No comments:
Post a Comment