Friday, 20 January 2017

Cara musuh serang pemikiran

Pelbagai medium digunakan musuh-musuh Islam dari pelbagai sudut untuk menyerang pemikiran umat Islam. Di antara medium paling berkesan yang dikenalpasti ialah;

Pengaruh hiburan.

Islam tidak melarang umatnya mendapatkan hiburan kerana ia sebahagian daripada keperluan rohani. Namun, hiburan yang dibenarkan itu adalah dalam bentuk tidak melalaikan dan kerterlaluan sehingga menimbulkan kesan buruk seperti percampuran lelaki perempuan, meninggalkan tugas beribadat, kurang produktiviti dan sebagainya.

Maka, mengetahui akan kesan buruk yang terdapat di dalam hiburan, maka pihak kafir telah mencipta sebanyak mungkin bentuk hiburan untuk dieksport kepada negara-negara Islam. Orang Islam menjadi leka dan terlibat dengan perkara buruk lain seperti pengaruh dadah, arak dan penzinaan.

Malah, melalui hiburan juga dijadikan platform untuk menggambarkan orang Islam bodoh dan ketinggalan. Inilah yang digambarkan melalui filem-filem yang diterbitkan oleh bukan Islam. 

Mereka membuat filem yang meramalkan tentang hari kiamat yang dipercayai oleh orang Islam. Hal ini menyalahi hakikat bahawa tiada siapa yang mengetahui tentang bilakah berlakunya hari kiamat. Malah melalui filem juga mereka menghina Rasulullah SAW seperti melalui filem Fitna. 

Biarpun filem itu mendapat bantahan umat Islam, perkara itu tidak menggusarkan pihak kafir kerana sedar bantahan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kerana orang Islam di seluruh dunia dalam keadaan lemah dan tidak bersatu.

Melalui Media Massa

Tidak dinafikan bahawa bukan Islam menguasai media massa di seluruh dunia. Mereka menjadi penerbit akhbar, majalah, buku, filem dan medium sebarang termasuk paling terkini ialah internet. 

Melalui pengaruh media inilah dilakukan serangan pemikiran secara berperingkat-peringkat yang sebahnagian besarnya kita tidak sedari. Mereka menggambarkan kehidupan di negara kafir sebagai mewah, maju dan memenuhi keperluan rakyat, sedangkan di negara Islam digambarkan dalam keadaan miskin, huru-hara dan jauh ketinggalan dalam segenap aspek kehidupan.
 
Gambar sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment